Testimonial

PROGRAM ANTI PENUAAN  (16/08/2005)
Program Anti-Penuaan

Program Anti-Penuaan

Kelihatan muda & rasa muda

Kita semua sedar akan perubahan yang dibawa bersama oleh penuaan – rambut beruban dan gugur, kulit berkedut, kulit melendut, kurang bertenaga, lemah daya ingatan dan daya penglihatan, penambahan berat badan terutamanya bahagian pinggang…. Dan sebagainya. Inginkah anda satu cara untuk menjadi muda semula, atau menjadi sekurang-kurangnya 10 – 15 tahun lebih muda berbanding sekarang? Kini, ada caranya!

Bacalah selanjutnya untuk mengetahui bagaimana anda dapat kelihatan muda dan rasa muda dengan Program Anti-Penuaan yang mudah lagi berkesan.

Fikirkan mengenai persoalan di bawah………

  • Adakah daya ingatan anda semakin lemah?
  • Adakah daya tumpuan anda semakin berkurangan?
  • Adakah anda sering terlupa fikrian anda?
  • Adakah daya penglihatan anda semakin lemah?
  • Adakah anda mengalami masalah tidur?
  • Adakah anda berasa letih tatkala bangun pagi?
  • Adakah anda berasa semakin kurang bertenaga dan semakin letih?
  • Adakah tenaga batin anda semakin rendah?
  • Adakah anda selalu berasa bimbang atau tertekan?
  • Adakah anda berasa murung atau mudah marah?
  • Adakah anda selalu mengalami sakit-sakit dan sengal-sengal badan?
  • Adakah anda mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan?
  • Adakah lemak terkumpul di perut dan pinggul anda?
  • Adakah anda selalu berasa tidak sihat dan mudah jatuh sakit?

Jika anda menjawab “YA” kepada lebih daripada 4 soalan di atas, jam usia anda mungkin sedang berdetik lebih cepat daripada yang anda fikirkan!!!

Usah bimbang… ia boleh DITERBALIKKAN!!!

Sains telah menunjukkan proses penuaan semulajadi dan pramasa adalah disebabkan oleh beberapa faktor :

  • Penurunan paras hormon tumbesaran manusia.
  • Pengumpulan toksin di dalam badan.
  • Penurunan kadar pembaikpulih sel.
  • Kekurangan nutrien – tidak mempunyai bahan pembina yang mencukupi untuk membaikpulih.
  • Serangan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan.

Penurunan Paras Hormon Tumbesaran Manusia (hGh)

hGh yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terletak dalam otak merupakan hormon anti-penuaan yang paling berkesan. Ia menggalakkan beberapa fungsi biologi di mana kebanyakannya berkenaan dengan keremajaan dan kecergasan.

Namun, paras hGh dalam badan akan meurun apabila usia kita meningkat. Kajian telah menunjukkan bahawa gejala yang berkait rapat dengan penuaan adalaah disebabkan secara langsung oleh penurunan paras hGh. Statistik menunjukkan bahawa selepas umur 21 tahun, penghasilan hGh menurun sehingga 80% (sila rujuk carta). Hampir semua orang yang berumur lebih 40 tahun mengalami kekurangan hGh.

Selepas harijadi kita yang ke-21, paraas hGh kita mula menurun sebanyak 14% setiap sepuluh tahun. Bila kita berusia 60 tahun, kita hanya mempunyai satu per empat daripada hGh yang kita hasilkan ketika berusia 21 tahun.

Terdapat lebih daripada 28,000 laporan saintifik mengenai manfaat hGh. Diantara manfaat yang diperolehi dengan mengembalikan paras hGh dalam badan termasuk :

  • Jisim otot bertambah sebanyak 8.8% secara purata selepas 6 bulan tanpa bersenam.
  • Lemak berkurang 14.4% secara purata selepass 6 bulan tanpa menghadkan makanan.
  • Paras tenaga meningkat.
  • Prestasi seksual meningkat.
  • Pertumbuhan semula jantung, hati, limpa, buah pinggang dan organ-organ lain yang mengecut apabila usia meningkat.
  • Fungsi jantung yang lebih baik.
  • Daya ketahanan badan meningkat.
  • Peningkatan dalam stamina dan prestasi kesukanan.
  • Fungsi buah pinggang yang lebih baik.
  • Tekanan darah menurun.
  • Profil kolestrol bertambah baik – HDL meningkat dan LDL menurun.
  • Tulang lebih kuat.
  • Penyembuhan luka yang lebih cepat.
  • Kulit lebih tegang dan muda.
  • Pertumbuhan semula rambut.
  • Kedutan hilang.
  • Selulit disingkirkan.
  • Daya penglihatan yang lebih tajam.
  • Perasaan lebih tenang.
  • Daya ingatan ditingkatkan.
  • Tidur lebih nyenyak.

Sumber : GrowYoung with HGH, oleh Dr. Ronald Klatz dan Carol Kahn

Doktor perubatan dan ahli sains dalam bidang anti-penuaan kini mengesahkan bahawa paras hGh yang ditingkatkan bukan hanya melambatkan penuaan biologi, malah dapat mengembalikan keremajaan. Sebelum ini, rawatan hormon tumbesaran hanya boleh didapati dalam bentuk suntikan yang amat mahal dan sukar didapati. Tetapi kini didapati bahawa kita boleh mempertingkatkan penghasilan hGh dalam badan kita sendiri. Dengan meningkatkan penghasilan hormon muda ini, kita boleh menjadi muda semula dan menikmati semula keremajaan.

Pengumpulan Toksin dalam Badan

Kita sentiasa diserang oleh toksin – dalam udara yang kita sedut, makanan yang kita makan dan air yang kita minum. Proses selular dalam badan juga menghasilkan sisa metabolik. Sel mempunyai tugas khas iaitu memastikan toksin-toksin dan sisa-sisa ini dikeluarkan daripada sel supaya dapat disingkirkan. Tetapi, proses penyingkiran selular ini menjadi perlahan apabila usia meningkat dan pengumpulan toksin yang terlampau banyak. Ini mengakibatkan pengumpulan toksin dan sisa dalam sel yang menjejaskan fungsi sel dan seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Kita boleh mengawal kesan negatif toksin dengan mengambil suplemen yang menggalakkan penyingkiran toksin daripada badan dan mengembalikan keseimbangan bakteria baik (probiotik) dalam usus.

Penurunan Kadar Pembaikpulihan Sel

RNA dan DNA iaitu faktor anti-penuaan yang bertanggungjawab untuk membaikpulih dan rejunevasi sel memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan kita dan memperlahankan proses penuaan. Peningkatan usia mungkin menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan RNA dan DNA yang mencukupi. Keadaan badan yang berasid apabila usia semakin meningkat juga akan merosakkan faktor anti-penuaan ini. Penurunan paras DNA dan RNA mempercepatkan penuaan. Suplemen yang kaya dengan RNAa dan DNA disyorkan untuk meningkatkan keupayaan badan untuk membaikpulih dan merejuvenasi demi keremajaan.

Kekurangan Nutrien – Bahan Pembina yang Tidak Mencukupi untuk Pembaikpulihan & Rejuvenasi

Apabila kita mengambil protein, badan akan memecahkannya kepada asid amino yang digunakan untuk membina semula otot, sendi, enzim, hormon, sel darah, kulit, rambut, kuku dan semua tisu-tisu lain. Ia berfungsi sebagai “bahan pembina” untuk membaikpulih dan rejuvenasi badan. Kombinasi amino asid tertentu yang betul dapat mengoptimakan penghasilan hGh dalam badan, di mana ianya akan membantu menyingkirkan lemak dalam badan agar membina badan yang lebih kuat, langsing dan sihat.

Namun, keupayaan badan untuk memecahkan protein dalam saluran penghadaman merosot dengan peningkatan usia, dan kita tidak sentiasa memeperolehi kombinasi dan kuantiti amino asid seperti mana yang diperlukan oleh badan daripada makanan kita. Mengambil suplemen yang mengandungi asid amino bioaktif daripada sumber protein berkualiti tinggi membekalkan badan dengan “bahan pembina” untuk pembaikpulihan badan dan menggalakkan penghasilan hGh.

Kerosakan yang Diakibatkan oleh Serangan Radikal Bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa radikal bebas yang memudaratkan dapat menjejaskan kesemua sistem badan dan memainkan peranan dalam penyakit degeneratif seperti pengerasan arteri dan masalah kardiovaskular. Ianya juga bertanggungjawab terhadap masalah yang berkaitan dengan penuaan (pengecutan organ, kemerosotan mental dan sebagainya) dan gejala penuaan pramasa seperti kulit berkedut pramasa dan pigmenatsi, sendi hilang keanjalannya dan lemah daya ketahanan badan.

Kita mempunyai “askar” semulajadi yang melindungi badan iaitu antioksidan untuk menentang kesan penuaan yang dibawa oleh radikal bebas tetapi perlindungan semulajadi kita adalah tidak mencukupi kerana badan kita tidak menghasilkan antioksidan yang mencukupi. Kita juga tidak memperolehi antioksidan yang secukupnya daripada makanan – ini menyebabkan perlindungan semulajadi badan dan fungsi sel merosot seterusnya mendedahkan kita kepada serangan radikal bebas.

Jika matlamat kita ialah untuk kekal sihat walafiat, kulit yang berseri, tinggi prestasi, daya ketahanan badan yang maksimum dan menentang proses penuaan, maka kita perlu dapatkan lebih perlindungan daripada antioksidan. Oleh sebab penampilan yang muda bermula dengan khasiat dalam badan, cara terbaik untuk memastikan kita sentiasa terlindung sepenuhnya daripada kerosakan radikal bebas ialah dengan mengambil suplemen yang berkhasiat dan kaya dengan antioksidan